Saya mengambil aliran perakaunan di bangku sekolah lagi hingga ke universiti kini saya mengambil jurusan perniagaan. Insyaallah pada peringkat ijazah sarjana muda aku akan menyambung perakaunan. Ini kerana impianku ingin membuka perniagaan pada suatu hari. Saya ingin membuka butik pakaian untuk semua peringkat umur yang berkonsepkan romantik. Butikku dihiasi dengan waran merah jambu yang begitu menyerlah sekali. Saya berminat membuka butik ini kerana saya mendapat tahu tentang pembelian barang secara borong di China. Di sana kita akan mendapat harga borong yang begitu murah sekali dan kadar pengangakutan menggunakan kapal laut sangat murah. Oleh itu di Malaysia saya boleh menjualnya dengan harga rendah walaupun butik saya nampak ekslusif sekali. Di samping itu, saya ingin membantu orang yang kurang berkemampuan dapat merasa memakai pakaian yang cantik-cantik dan bergaya pada harga yang murah.
Seterusnya impianku yang kedua adalah ingin membuka restoran makanan yang popular di kawasan Lembah Klang. Saya ingin membuka membuka restoran yang berkonsepkan 1Malaysia iaitu Cina, India dan Melayu. Masakan di restoran saya menyajikan mengikut tiga bangsa yang popular di Malasia. Restoran saya terbahagi kepada tiga bahagian hiasan iaitu satu bahagian dihiasan dengan cara hidup india tradisional seperti pokok pisang, kolum, pinggan mangkuk dari stainless steel dan tanah liat. Bahagian kedua dihiasi dengan cara hidup cina tradisioanal. Walaupun saya ingin membuat konsep cina tetapi makana yang disediakan adalah halal. Saya akan mengupah pekerja cina memasak makanan cina tanpa menggunak arak atau pun khinzir. Oleh yang demikian, Kaum melayu juga dapat merasa makanan cina. Bahagian ketiga pula dihiasi dengan cara hidup melayu tradisional. Makanannya pula bukan sahaja makanan melayu asli tetapi dicampur dengan masakan melayu jawa, iban,masakan orang melayu pantai timur dan utara. Saya percaya dengan menjual makanan pasti memperoleh keuntungan yang berganda asalkan masakan yang disajikan sedap, harga yang berpatutan, layanan yang mesra dan kebersihan dijaga. Saya amat meminati pernigaan kerana aliran tunai setiap hari berbanding bekerja makan gaji. Insyallah impian saya ini pasti akan berjaya suatu hari nanti. Amin..


No comments:
Post a Comment