Wednesday, July 13, 2011

EKONOMI MALAYSIA BERASASKAN PENGETAHUAN

Dunia semakin cepat menuju ke arah pasaran global tanpa sempadan kesan kemajuan yang pesat
dalam teknologi maklumat dan komunikasi (ICT). Ekonomi global adalah bercirikan penyerapan
teknologi, pencapaian maklumat, pergerakan modal dan permintaan pengguna yang semakin canggih.
Oleh yang demikian, persaingan dalam persekitaran semasa adalah semakin didorong oleh ilmu
pengetahuan. Pertumbuhan dan kekayaan sesebuah ekonomi semakin dipacu oleh ilmu pengetahuan,
kemahiran dan kreativiti tenaga kerja, seperti yang telah dibuktikan oleh pengalaman negara maju.
Bagi Malaysia, keperluan untuk membangunkan ekonomi berasaskan pengetahuan merupakan satu
strategi untuk mengekalkan pertumbuhan yang tinggi serta terus berdaya saing bagi mencapai
Wawasan 2020. Peralihan negara ke arah ekonomi berasaskan pengetahuan dipengaruhi oleh
cabaran akibat daripada peningkatan globalisasi serta kebimbangan terhadap persaingan sengit
daripada negara yang mempunyai lebihan tenaga buruh dengan upah yang rendah. Peralihan ini
adalah sebahagian daripada rancangan untuk menjadikan Malaysia sebagai negara maju dan
berpengetahuan tinggi menjelang tahun .

2020.


dunia IT kini semakin mencabar


Malaysia mengamalkan konsep 1Malaysia yang mementingkan ekonomi rakyat jelata

No comments:

Post a Comment